Pengenalan
Yayasan Amal Malaysia mula bergerak menabur bakti, mencipta rentak dan irama ke pelusuk negara dan dunia. Sehingga kini, ia mempunyai lebih daripada 3,000 orang ahli sukarelawan berdaftar. Berbekalkan semangat dan slogan “Berkhidmat Untuk Kemanusiaan – Beramal Kerana Allah” serta kegigihan semangat dan kerja sahabat relawan, Amal Malaysia telah berjaya menampilkan imej baik kepada agama dan menyumbang nama baik kepada negara di peringkat Antarabangsa.
sumbangan umum
Kami berusaha untuk meringankan beban mereka yang memerlukan melalui pelbagai inisiatif. Kami menyediakan kemudahan air, bantuan makanan dan tempat perlindungan dengan kluster kebajikan sosial. Harapan kami agar dapat memberikan sokongan moral dan terus menyokong mereka yang kurang berkemampuan untuk meneruskan kehidupan meski melalui detik-detik yang sukar.
sertai kami
Jumlah Relawan Amal seluruh Malaysia yang berdaftar adalah seramai 3,000 orang. Ceburi pengalaman dalam dunia kesukarelawanan dengan menjadi sebahagian daripada Relawan Amal
senarai kempen
Yayasan Amal Malaysia akan sentiasa proaktif dalam menangani isu-isu kecemasan seperti memberi bantuan kepada mangsa bencana alam atau buatan manusia seperti perang, penindasan, penindasan, pengusiran dan banyak lagi. Yayasan Amal Malaysia juga terus aktif menjalankan projek pembangunan dan pemulihan seperti pembangunan pusat pendidikan & latihan, penyediaan air bersih & sanitasi dan penjagaan kesihatan. Kami berharap dapat terus maju dan maju dalam memupuk perdamaian global dan menyelesaikan masalah yang menimpa masyarakat dunia.
Menyediakan bantuan kepada mangsa banjir dengan membekalkan makanan, air bersih, selimut, pakaian, dan barang keperluan asas lain. Kami juga membantu dalam pemulihan jangka panjang seperti pembinaan semula rumah dan sokongan psikososial.
Mengumpul Al-Quran wakaf dan mengagihkannya kepada individu, masjid, pusat pembelajaran agama, dan institusi pendidikan. Kami memastikan Al-Quran wakaf ini digunakan dengan sebaik mungkin untuk penyebaran ilmu agama.
Mengumpul sumbangan dan menguruskan tabung khas untuk membantu asnaf yang memerlukan. Kami memastikan sumbangan disalurkan secara adil untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian, perubatan, dan pendidikan.
Kami menyediakan perkhidmatan ambulans yang beroperasi sepanjang masa bagi membantu mangsa kemalangan atau kecemasan kesihatan. Pasukan kami terdiri daripada jururawat dan paramedik yang berkelayakan serta dilengkapi dengan peralatan perubatan yang diperlukan.
Memberikan bantuan kepada kanak-kanak yang memerlukan untuk memulakan semula persekolahan dengan keyakinan dan persediaan yang mencukupi. Kami menyediakan barangan seperti beg sekolah, buku, alat tulis, dan pakaian seragam untuk memastikan mereka mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti.
Yayasan Amal Malaysia sentiasa komited dan bersedia dalam menjalankan pelbagai jenis kempen-kempen lain ini demi kesejahteraan dan kebajikan masyarakat yang memerlukan.
STATISTIK
Testimonials
fill out the form & get your spot
Pellentesque egestas, neque sit amet convallis pulvinar.
Justo nulla eleifend augue, ac auctor orci leo non est nec.
Pellentesque libero tortor, tincidunt et, tincidunt eget, semper.
Fusce a quam. Phasellus ullamcorper ipsum rutrum nunc.
Lorem ipsum dolor sit. Etiam ultricies nisi vel augue. Sed mollis, eros.
Et ultrices tempus, mauris ipsum aliquam libero, non adipiscing.
BERITA ARUS PERDANA
Yayasan Amal turut mendapat perhatian daripada media semasa samaada di portal berita, talkshow, keratan akhbar dan lain-lain
Pengerusi Yayasan Amal Cawangan Selangor
Bersama-sama, kita sentiasa mencari kebahagiaan dan memberi harapan kepada mereka yang memerlukan. Jadi berbuat baik sebagai satu kebiasaan agar dapat memberikan kepada dunia sinaran kasih sayang.
admin@amalselangor.com
No.7C, Tingkat 3, Blok 1, Pusat Perniagaan Worldwide, Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
© 2024 Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor